loader

Pengumuman

Kaji Selidik Pengguna Kewangan Mengenai Fi dan Caj untuk Produk dan Perkhidmatan Kewangan

05 JUN 2025

Pelanggan yang Dihargai,

Bank Negara Malaysia (BNM) sedang menjalankan kaji selidik untuk menilai keberkesanan pendedahan mengenai fi dan caj oleh penyedia perkhidmatan kewangan.

Kaji selidik ini dilancarkan baru-baru ini di laman web BNM dan dibuka untuk maklum balas sehingga 30 Jun 2025. 

Anda dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman anda dengan mana-mana perkhidmatan dan produk kewangan yang anda pernah pertimbangkan atau gunakan dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Maklum balas berharga anda akan membantu menambah baik amalan industri, khususnya dalam memastikan layanan adil diberi kepada pengguna kewangan. 

Pautan Kaji Selidik: Kaji Selidik Pengguna Kewangan Mengenai Fi dan Caj untuk Produk dan Perkhidmatan Kewangan - Bank Negara Malaysia

Terima kasih.