loader

Akaun Simpanan Basic

Akaun Simpanan Basic

Akses perkhidmatan perbankan asas dengan perbelanjaan minimum. Nikmati urusan perbankan yang lancar dan memudahkan anda.

Akaun Simpanan Basic menawarkan anda:

Kemudahan untuk membuka akaun dengan deposit permulaan sebanyak RM20 sahaja.

Baki minimum untuk dikekalkan pada satu-satu masa ialah RM20.

Faedah dikira setiap hari dan dikreditkan setiap setengah tahun pada 30 Jun dan 31 Disember setiap tahun.

Akses mudah kepada akaun anda melalui mana-mana cawangan Public Bank, ATM dan perkhidmatan Perbankan Dalam Talian / Mudah Alih Public Bank.

Perkhidmatan PERCUMA lain yang ditawarkan:

  • Deposit cek dan tunai / syiling* melalui mesin deposit.
  • Pertanyaan mengenai akaun dan pindahan dana dalam lingkungan Bank melalui ATM dan perkhidmatan Perbankan Dalam Talian / Mudah Alih Public Bank.
  • Pembayaran bil melalui perkhidmatan Perbankan Dalam Talian / Mudah Alih Public Bank.
  • Pengeluaran tunai dalam lingkungan Bank melalui Kaunter dan ATM.

* Boleh didapati di cawangan terpilih.

Akaun Simpanan Basic

Ciri-Ciri Akaun Simpanan Basic
Kelayakan
  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
    • Akaun Peribadi
    • Akaun Bersama
    • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun memerlukan ibu bapa / penjaga sah untuk membuka akaun ‘bagi pihak’ mereka.

  • Bukan individu iaitu perusahaan Mikro yang diperbadankan di Malaysia.
Kad Debit 
  • Kad debit akan ditawarkan kepada pemegang akaun berumur 12 tahun dan ke atas dan perusahaan mikro.

Akaun Simpanan Basic dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.