loader

Pengumuman

Penamatan Sokongan untuk iOS 14 pada Aplikasi Mudah Alih PB enterprise dan PB QR

28 FEBRUARI 2025

Pelanggan yang Dihargai, 

Bagi memastikan urusan perbankan anda selamat, Aplikasi Mudah Alih PB enterprise dan PB QR tidak lagi boleh diakses bagi peranti yang menggunakan iOS 14 mulai 17 Mac 2025. 

Kenapa anda perlu mengemas kini iOS anda?
Setiap kemas kini iOS termasuk tampung keselamatan yang menangani pelbagai kelemahan, melindungi peranti anda. Versi iOS yang lebih lama mungkin mendedahkan peranti anda kepada serangan siber.

Bagaimana anda mengemas kini iOS anda? 
Tekan ‘Seting’ pada peranti anda, pilih ‘Umum’, kemudian tekan ‘Kemas Kini Perisian’. 

Terima kasih kerana menjalankan urusan perbankan dengan kami.