Pelanggan yang Dihargai,
Selaras dengan keperluan terkini yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDNM”), dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Januari 2026, e-Invois individu (kendiri) akan dikeluarkan bagi setiap urus niaga tunggal dengan nilai melebihi RM10,000 (termasuk cukai perkhidmatan) berkaitan dengan fi, caj dan faedah.
Bagi memastikan pematuhan dengan keperluan baharu LHDNM, Public Bank akan mula mengeluarkan e-Invois individu (kendiri) bagi apa-apa urus niaga tunggal dengan nilai melebihi RM10,000 bermula pada bulan Januari 2026.
Bagi memudahkan pengeluaran e-Invois, kami memohon kerjasama anda untuk mengemukakan Nombor Pengenalan Cukai (“TIN”) dan Nombor Pendaftaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (“SST”) (jika berkenaan).
Tindakan yang Perlu Diambil
Kami menghargai kerjasama dan kefahaman anda dalam mematuhi keperluan pengawalseliaan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui 03-21708000.
Terima kasih kerana menjalankan urusan perniagaan dengan kami.
Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan | Piagam Perkhidmatan Pelanggan | Piagam Layanan Adil Kepada Pelanggan | Piagam e-Perbankan | Bank Negara Malaysia
Hak Cipta © 2026 Public Bank Berhad 196501000672 (6463-H). Hak Cipta Terpelihara