Pelanggan yang Dihargai,
Selaras dengan keperluan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDNM”), dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Januari 2026, e-Invois individu (kendiri) / e-invois bil kendiri (iaitu e-invois / e-invois bil kendiri yang mengandungi butiran pelanggan individu) akan dikeluarkan bagi jumlah nilai e-invois melebihi RM10,000 (termasuk cukai perkhidmatan) berkaitan dengan fi, caj dan faedah yang dikenakan atau dibayar oleh Bank.
Bagi memudahkan pengeluaran e-invois / e-invois bil kendiri, kami memohon kerjasama anda untuk mengemukakan Nombor Pengenalan Cukai (“TIN”) dan Nombor Pendaftaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (“SST”) (jika berkenaan).
Sekiranya TIN yang diperlukan tidak dikemukakan oleh anda, Bank akan mendapatkan TIN anda melalui platform rasmi yang disediakan oleh LHDNM bagi tujuan pengeluaran e-invois/ e-invois bil kendiri dan memastikan pematuhan dengan keperluan pengawalseliaan yang diterima pakai.
Tindakan yang Perlu Diambil
Kami menghargai kerjasama dan kefahaman anda dalam mematuhi keperluan pengawalseliaan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui 03-21708000.
Terima kasih kerana menjalankan urusan perbankan dengan kami.
Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan | Piagam Perkhidmatan Pelanggan | Piagam Layanan Adil Kepada Pelanggan | Piagam e-Perbankan | Bank Negara Malaysia
Hak Cipta © 2026 Public Bank Berhad 196501000672 (6463-H). Hak Cipta Terpelihara