loader

Pengumuman

Pengenaan Cukai Perkhidmatan atas Perkhidmatan Kewangan

26 JUN 2025

Pelanggan yang Dihargai,

Dimaklumkan bahawa Public Bank Berhad akan mengenakan cukai perkhidmatan atas perkhidmatan kewangan yang berkaitan secara berperingkat mulai 1 Julai 2025.

Cukai perkhidmatan sebanyak 8% akan dikenakan atas perkhidmatan kewangan terpilih yang berasaskan fi dan komisen, selaras dengan peluasan skop cukai perkhidmatan yang diumumkan oleh Kerajaan.

Sila ambil maklum bahawa perkhidmatan perbankan asas termasuk caj berkaitan dengan akaun semasa dan simpanan, akan kekal tidak tertakluk pada cukai perkhidmatan.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda.