Pelanggan yang Dihargai,
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan langkah keselamatan, kami akan memperkenalkan Fungsi Kill Switch yang membolehkan anda menggantung kesemua urus niaga kewangan yang berkaitan dengan akaun bank dan kad komersial anda dengan serta-merta sekiranya anda mengesyaki berlakunya penipuan atau scam.
Bagaimanakah untuk Mengaktifkannya?
Layari laman web atau aplikasi mudah alih PB enterprise dan cari opsyen Kill Switch. Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh mengaktifkan Kill Switch untuk menghentikan kesemua urus niaga keluar dengan serta-merta.
Anda juga boleh menghubungi pasukan Pengurusan Kes kami melalui +603-2177 3555 untuk bantuan.
Fungsi yang berikut akan dinyahdayakan apabila Kill Switch diaktifkan:
Bagaimanakah untuk Membatalkan Status Kill Switch?
Bank hanya akan membatalkan status Kill Switch selepas menerima arahan yang ditentusahkan dengan sewajarnya daripada anda.
Pasukan Pengurusan Kes akan menghubungi anda untuk penentusahan selepas Kill Switch diaktifkan.
Anda juga boleh menghubungi pasukan Pengurusan Kes kami melalui +603-2177 3555 untuk bantuan.
Terima kasih.
Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan | Piagam Perkhidmatan Pelanggan | Piagam Layanan Adil Kepada Pelanggan | Piagam e-Perbankan | Bank Negara Malaysia
Hak Cipta © 2026 Public Bank Berhad 196501000672 (6463-H). Hak Cipta Terpelihara