loader

Pengumuman

Pengemukaan Penyata Akaun Antara Syarikat Secara Bulanan oleh Syarikat Pemastautin

03 DISEMBER 2025

Pelanggan Sekalian,

Bank Negara Malaysia (BNM) meminta kesemua syarikat pemastautin dengan:

  1. nilai eksport kasar barangan atau perkhidmatan tahunan sebanyak RM50 juta dan ke atas (berdasarkan tahun kalendar terkini); dan 
  2. pengaturan jaringan dengan rakan niaga bukan pemastautin,

untuk mengemukakan laporan bulanan tentang urus niaga Akaun Antara Syarikat mereka (Penyata IA) kepada Jabatan Pengurusan Data dan Statistik, Bank Negara Malaysia.

Syarikat pemastautin yang memenuhi kriteria (i) dan (ii) di atas dikehendaki menghubungi pasukan Pelaporan Imbangan Bayaran Tunai (Cash BOP) melalui e-mel di cashbop@bnm.gov.my untuk memulakan pengemukaan Penyata IA itu melalui Portal Statistik Sektor Luar BNM.

Pasukan Pelaporan Cash BOP itu juga boleh dihubungi melalui alamat e-mel yang sama untuk maklumat atau penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

Terima kasih.