loader

Pengumuman

Notis Hari Cuti Tambahan bagi Bank-Bank Komersial di Negeri Kedah untuk Tahun 2025

03 FEBRUARI 2025

Bank-bank Komersial yang beroperasi di negeri Kedah akan ditutup sebagai cuti tambahan pada hari Isnin sejurus selepas cuti umum Persekutuan atau Negeri yang telah diwartakan, di mana cuti umum itu jatuh pada hari Ahad. 

Sehubungan itu, semua cawangan kami di Kedah akan ditutup untuk cuti tambahan pada hari-hari berikut dalam tahun 2025:

Tarikh Jenis Cuti
Isnin, 3 Mac 2025  bersempena Awal Ramadhan yang jatuh pada hari Ahad, 2 Mac 2025
Isnin, 9 Jun 2025  bersempena hari kedua Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari Ahad, 8 Jun 2025
Isnin, 23 Jun 2025  bersempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yang jatuh pada hari Ahad, 22 Jun 2025
Isnin, 1 September 2025 bersempena Hari Kebangsaan yang jatuh pada hari Ahad, 31 Ogos 2025

 

Pelanggan dinasihatkan agar menggunakan saluran alternatif seperti perbankan dalam talian, mesin teler automatik (“ATM”) dan mesin deposit tunai (“CDM”) untuk menjalankan urus niaga perbankan pada hari-hari berkenaan.