Pelanggan yang Dihargai,
Dimaklumkan bahawa Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) Malaysia akan ditamatkan secara berperingkat dan beralih kepada dua kadar rujukan baharu, Kadar Semalaman Malaysia (MYOR) dan Kadar Islam Semalaman Malaysia (MYOR-i). Pada akhir tempoh peralihan, KLIBOR akan ditamatkan sepenuhnya bermula pada 1 Januari 2029.
Tarikh-tarikh utama penamatan KLIBOR:
| Tarikh Utama | Huraian |
|---|---|
| Menjelang 1 Julai 2027 | Menghentikan penggunaan KLIBOR dalam dagangan baharu bagi semua produk perbankan. |
| Sebelum 1 Julai 2028 | Kontrak berkaitan KLIBOR sedia ada yang akan matang selepas 31 Disember 2028 akan dikemas kini untuk menunjukkan kadar penanda aras baharu selaras dengan terma yang diterima pakai. |
| Dari 1 Januari 2029 |
Penamatan KLIBOR sepenuhnya. |
Public Bank komited dalam menyokong pelanggan bagi memastikan peralihan yang lancar dan teratur.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim.
Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan | Piagam Perkhidmatan Pelanggan | Piagam Layanan Adil Kepada Pelanggan | Piagam e-Perbankan | Bank Negara Malaysia
Hak Cipta © 2026 Public Bank Berhad 196501000672 (6463-H). Hak Cipta Terpelihara