loader

Pengumuman

Penambahbaikan Keselamatan Baharu untuk Aplikasi PB enterprise

16 JULAI 2026

Pelanggan yang Dihargai,

Aplikasi PB enterprise kini dilengkapi ciri Imbasan Status Keselamatan Peranti bagi meningkatkan keselamatan pengalaman perbankan mudah alih anda.

Apakah Imbasan Status Keselamatan Peranti?

Apabila anda membuka Aplikasi PB enterprise, imbasan ringkas akan dijalankan pada peranti anda untuk mengesan aplikasi yang dipasang daripada storan aplikasi tidak rasmi atau sumber yang tidak diketahui.

Imbasan proaktif ini membantu melindungi perniagaan anda daripada risiko keselamatan yang ada pada aplikasi tidak rasmi, termasuk perisian hasad, akses tanpa kebenaran atau kerugian kewangan, agar anda boleh menjalankan urusan perbankan dengan yakin.

Imbasan Status Keselamatan Peranti:

  • Mengesan Risiko pada Peringkat Awal dengan mengenal pasti aplikasi yang dipasang daripada sumber tidak rasmi yang boleh membawa risiko keselamatan kepada anda.
  • Melindungi Privasi Anda. Imbasan ini hanya memeriksa sumber pemasangan aplikasi. Ia tidak mengakses fail peribadi, mesej, gambar atau maklumat perbankan anda.

Sekiranya aplikasi tidak rasmi atau aplikasi yang dipasang daripada sumber tidak diketahui dikesan, anda akan menerima notifikasi dan aplikasi yang dikesan itu akan dipaparkan untuk semakan anda agar anda sentiasa mempunyai kawalan.

Kami amat mengesyorkan agar anda mengemas kini Aplikasi PB enterprise anda dan melengkapkan Imbasan Status Keselamatan Peranti untuk perlindungan terbaik. Anda juga boleh memilih untuk melangkau imbasan selepas menyemak dan mengakui risiko keselamatan yang berkaitan.