loader

Pengumuman

Pengenalan kepada Kaedah Pengurangan Baki Berkadar Tetap di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (HPAA), berkuat kuasa pada 1 Jun 2026

29 MEI 2026

Pelanggan yang Dihargai,

Salam Sejahtera daripada Public Bank!

Kami dengan sukacita memperkenalkan Kaedah Pengurangan Baki Berkadar Tetap di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (HPAA), berkuat kuasa pada 1 Jun 2026.

enambahbaikan ini merupakan satu langkah penting ke arah keadilan, ketelusan dan perlindungan pelanggan yang lebih baik dalam pembiayaan Sewa Beli (HP).

Di bawah kaedah baharu ini, faedah dikira berdasarkan baki pokok belum jelas, sementara mengekalkan kadar faedah tetap sepanjang tempoh pembiayaan dan memastikan struktur pembiayaan yang lebih jelas dan saksama.

Penambahbaikan Utama

  • Kadar Faedah Tetap – Terus dilindungi walaupun dalam persekitaran kadar faedah yang meningkat.
  • Kaedah Pengurangan Baki – Faedah dikira atas baki pokok belum jelas.
  • Lebih Telus – Lebih telus dengan Kadar Faedah Efektif (EIR).
  • Lebih Banyak Penjimatan – Nikmati lebih banyak penjimatan dengan penyelesaian awal.
  • Digitalisasi – Mengguna pakai tandatangan digital dan penghantaran dokumen secara elektronik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi atau kunjungi Pusat HP / Hab HP PB.