loader

Pengumuman

Semakan Semula Terma Dan Syarat Yang Mengawal Akaun Deposit

30 OGOS 2023

Bermula pada 21 September 2023, Terma dan Syarat yang Mengawal Akaun Deposit akan disemak semula untuk memasukkan yang berikut:

  • Pelanggan hendaklah memastikan urus niaga yang dibuat melalui akaun mereka tidak bertentangan dengan apa-apa undang-undang dan peraturan yang diterima pakai.
  • Perkara-perkara di bawah tajuk ‘Liabiliti’ untuk memastikan produk deposit Bank diselaraskan. [Diterima pakai untuk Akaun Pelaburan Emas sahaja].
  • Perkara-perkara di bawah peruntukan ‘Force Majeure’ tentang liabiliti Bank sekiranya Bank tidak dapat menjalankan obligasinya di bawah terma dan syarat tersebut oleh sebab-sebab di luar kawalan Bank. [Diterima pakai untuk Akaun Pelaburan Emas sahaja].

Terma dan Syarat disemak semula yang berikut akan disediakan dalam laman web Bank mulai 21 September 2023 dan seterusnya:

Public Bank Berhad

  1. Terma dan Syarat yang Mengawal Akaun Semasa
  2. Terma dan Syarat yang Mengawal Akaun Deposit Tetap
  3. Terma dan Syarat yang Mengawal Akaun Semasa Mata Wang Asing
  4. Terma dan Syarat yang Mengawal Akaun Deposit Tetap Mata Wang Asing
  5. Terma dan Syarat yang Mengawal Akaun Pelaburan Emas