loader

Pengumuman

Semakan semula Fi dan Caj

26 JANUARI 2026

Pelanggan yang Dihargai,

Dimaklumkan bahawa Fi Permintaan untuk permintaan perkhidmatan kemudahan kredit yang berikut akan disemak semula daripada RM200.00 kepada RM150.00 bermula pada 16/02/2026:

  • Permintaan melibatkan perubahan kepada terma dan syarat.
  • Permintaan proses kelulusan tertentu untuk kemudahan kredit.
  • Permintaan Pemulihan Semula Pinjaman Perumahan, Pinjaman Tetap atau Pinjaman Bertempoh yang telah dibayar sebahagian.

Fi permintaan tidak diterima pakai untuk keadaan yang berikut:

  • Perubahan risiko kredit pelanggan.
  • Pelanggan yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman / pembiayaan.
  • Perubahan dalam kadar asas (misalnya pelanggan meminta untuk mengekalkan amaun ansuran sedia ada, pelarasan kadar faedah ke bawah, lanjutan tempoh).
  • Permintaan daripada pelanggan yang terdedah kepada risiko.

Terima kasih.