loader

Fi dan Caj

Kredit/Pinjaman

 

Bil. Jenis Caj Amaun
1 Semakan perdagangan Dun and Bradstreet (D&B) Trade ke atas pesuruh bayar bil yang melebihi RM200,000.00

RM75.60 setiap unit (caj oleh D&B - termasuk Cukai Perkhidmatan) tambah
RM15.00 kos penebusan balik bagi setiap permintaan

Nota: Diterima pakai untuk Peminjam Bukan PKS sahaja

2 Cek laku yang menghasilkan Overdraf Sementara (TOD) atau Overdraf Lebihan Sementara (TEOD) RM150.00 setiap cek yang diterima
(tertakluk pada maksimum sebanyak RM750.00 setiap pelanggan sehari iaitu 5 cek sehari)
3 Kos penebusan semula bagi pemeriksaan tempat projek untuk menyokong pengeluaran pinjaman Penyambung RM216.00 (termasuk Cukai Perkhidmatan) bagi setiap pengeluaran berperingkat (diterima bagi Peminjam PKS/Peminjam Pinjaman Penyambung SME/ Korporat)
4 Kemudahan Pengeluaran Semula RM25.80 (termasuk Cukai Perkhidmatan) bagi setiap urus niaga pengeluaran semula yang berjaya (diterima pakai untuk permohonan di kaunter dan permohonan dalam talian, yang diuruskan secara manual oleh Public Bank)
5 Permintaan khusus untuk
  • Perubahan dalam terma dan syarat kredit (kecuali bagi permintaan untuk harta yang diinsuranskan yang dicaj kepada Bank oleh Bukan Panel Penginsurans / Pinjaman Terjejas dan / atau kes Penstrukturan Semula dan Penjadualan Semula)
  • Pengembalian Pinjaman Tetap atau Pinjaman Bertempoh kepada yang asal, yang telah dibayar

RM162.00 (termasuk Cukai Perkhidmatan) setiap permintaan yang diluluskan

6

Permintaan untuk Penyata Penebusan / Penyelesaian bagi tujuan pelunasan sebahagian /sepenuhnya Pinjaman Hartanah

  • Pinjaman Perumahan (Individu)
  • Pinjaman Perdagangan (Individu, Perniagaan atau Syarikat)
    (bermula pada 01/03/2017)
  • RM54.00 (termasuk Cukai Perkhidmatan) setiap permohonan
  • RM54.00 (termasuk Cukai Perkhidmatan) setiap permohonan
7 Pengesahan / Penyata yang dikeluarkan kepada pelanggan pinjaman perumahan untuk pengeluaran KWSP RM21.60 (termasuk Cukai Perkhidmatan)
8 Fi Penyelesaian Awal
  • Amaun pinjaman sebanyak RM200,000 dan lebih rendah - Fi penyelesaian awal sebanyak 3% atas amaun pinjaman yang diluluskan akan dikenakan sekiranya Pinjaman Komersial diselesaikan sepenuhnya / ditebus / dibatalkan dalam tempoh 3 tahun pertama (36 bulan) dari tarikh penggunaan pinjaman pertama.
  • Amaun pinjaman melebihi RM200,000 - Fi penyelesaian awal sebanyak 2% atas amaun pinjaman yang diluluskan akan dikenakan sekiranya Pinjaman Komersial diselesaikan sepenuhnya / ditebus / dibatalkan dalam tempoh 3 tahun pertama (36 bulan) dari tarikh penggunaan pinjaman pertama.
  • Bagi Pinjaman Komersial yang masih di bawah pengeluaran progresif, pengiraan fi penyelesaian juga hendaklah berdasarkan amaun pinjaman yang diluluskan.

Nota: Diterima pakai untuk Peminjam Bukan PKS sahaja

9 Fi Penyenggaraan Bulanan untuk Akaun Pinjaman HomeSave / ShopSave RM10.80 (termasuk Cukai Perkhidmatan)
10 Mendapatkan semula Dokumen Pinjaman dan Sekuriti dalam Simpanan Bank RM21.60 (termasuk Cukai Perkhidmatan) bagi setiap permintaan (bermula pada 28/09/2018)
11 Caj pengeluaran bagi Pinjaman di bawah Pembiayaan Kontrak RM270.00 (termasuk Cukai Perkhidmatan) setiap pinjaman yang dikeluarkan
12 Caj pengendalian CDS atas kemudahan yang dijamin oleh stok dan saham yang didebitkan dalam akaun 0.25% setahun dengan caj minimum sebanyak RM50.00
13 Fi pengeluaran bagi kemudahan yang dijamin oleh stok dan saham 0.05% berdasarkan nilai pasaran tertakluk pada minimum sebanyak RM5.00 dan maksimum RM1,000.00 (kecuali untuk penyelesaian akaun)
14 Fi Pembatalan

RM2,000.00 dikenakan atas pinjaman harta sekiranya harta yang diluluskan dibatalkan sebelum pengeluaran kemudahan

Nota: Diterima pakai untuk Peminjam Bukan PKS sahaja

15 Fi Pemprosesan / Pendahuluan untuk permohonan pinjaman / pembiayaan adalah seperti yang berikut:
Jenis Fi Pemprosesan Kena Caj

Pembelian Hartanah Komersial dan Perindustrian di bawah Pelan SWIFT

(tidak termasuk pembiayaan tanah, pinjaman peribadi dan pembiayaan modal kerja)

RM216.00 (termasuk Cukai Perkhidmatan)
  Fi Pendahuluan Boleh Caj

Kemudahan Dijamin oleh Semua Jenis Tanah

(tidak termasuk Pinjaman Penyambung)

0.108% - 0.216% (termasuk Cukai Perkhidmatan) daripada jumlah amaun pembiayaan tertakluk pada minimum sebanyak RM540.00 (termasuk Cukai Perkhidmatan)
Pinjaman Penyambung 0.216% (termasuk Cukai Perkhidmatan) daripada amaun pembiayaan tertakluk pada minimum sebanyak RM3,240.00 (termasuk Cukai Perkhidmatan)
16 Fi komitmen sebanyak 1% setahun akan dikenakan pada bahagian yang tidak dikeluarkan daripada overdraf, kredit berpusing dan had overdraf / pinjaman tetap di bawah Pinjaman Penyambung.
17 Permintaan ad hoc untuk penyata bercetak bagi akaun pinjaman/pembiayaan
  • RM9.72 (termasuk Cukai Perkhidmatan) setiap permintaan (untuk kitaran penyata satu tahun)
  • Tambahan RM0.54 (termasuk Cukai Perkhidmatan) untuk setiap kitaran penyata tahun berikutnya