Seorang Pencadang mungkin diperlukan untuk membuka Akaun Semasa. Pencadang mesti mempunyai kriteria yang berikut :-
- Pencadang boleh merupakan individu atau bukan individu (misalnya syarikat, perkongsian dll.) yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang pemohon dan hadir di cawangan Pembukaan Akaun.
- Menyenggara Akaun Semasa yang aktif dengan Public Bank lebih daripada 12 bulan.
- Mengekalkan rekod prestasi yang baik tanpa mempunyai apa-apa kesalahan Cek Tak Laku dan tidak terlalu kerap mengemukakan cek.
- Mestilah tidak pernah mengambil apa-apa tindakan kebankrapan atau tertakluk pada apa-apa resolusi atau petisyen penggulungan atau ketaksolvenan.
Semasa membuka Akaun Semasa, anda dikehendaki :-
- Memberi butir-butir yang diperlukan untuk membuka akaun dan mengisytiharkan bahawa semua maklumat adalah betul.
- Mengaku janji untuk memaklumkan kepada Bank tentang perubahan butiran diri anda.
- Memberi kepada Bank semua dokumen/borang yang berkaitan, seperti yang ditentukan oleh Bank, berserta contoh tandatangan anda untuk dilihat/disahkan oleh pegawai Bank yang dibenarkan.