loader

Cara untuk Membuka Akaun Simpanan

Bagaimana untuk membuka Akaun Simpanan?

Apabila membuka Akaun Simpanan, anda dikehendaki untuk:-

  • Mengemukakan butiran yang diperlukan untuk membuka akaun dan mengisytiharkan bahawa semua maklumat tersebut adalah betul.
  • Mengaku janji untuk memaklumkan kepada Bank mengenai apa-apa perubahan dalam butiran anda.
  • Menyediakan semua dokumen/borang yang berkenaan seperti yang ditentukan oleh Bank, bersama-sama dengan contoh tandatangan anda untuk semakan/pengesahan oleh pegawai Bank yang dibenarkan.

Dokumen yang diperlukan untuk membuka Akaun Simpanan

  1. Dokumen Pengenalan (misalnya MyKad, Pasport, Sijil Lahir, dll.) milik semua individu yang mengendalikan akaun.
  2. Untuk individu bukan pemastautin, beliau mesti memenuhi salah satu syarat yang berikut dan mengemukakan dokumen sokongan yang berkenaan.
    1. Permit kerja yang sah;
    2. Sijil Perkahwinan sekiranya pemohon berkahwin dengan Rakyat Malaysia;
    3. Surat Kelulusan Bersyarat untuk Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H)/ Program Visa Premium (PVIP) daripada Badan Kerajaan masing-masing yang berkenaan;
    4. Visa/Pas/e-Pas;
    5. Pas pelajar yang sah dan Surat Pengesahan (LoC) daripada Kolej/Institusi; atau
    6. Surat Pengesahan yang dikeluarkan oleh Education Malaysia Global Services (EMGS), Syarikat Berhad dengan Jaminan di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
  1. Sijil Pendaftaran Perniagaan
  2. Borang Lesen Perniagaan (2 Halaman)
    1. Maklumat Perniagaan (Halaman 1)
    2. Maklumat Pemilik Terkini (Halaman 2)
  3. Dokumen Pengenalan (misalnya MyKad, Pasport, dll.) milik empunya tunggal/rakan kongsi.
  1. Seksyen 17 – Sijil Perbadanan
  2. Seksyen 14 – Permohonan Pendaftaran Syarikat
  3. Seksyen 58 dan 236(2) – Makluman Pelantikan Setiausaha Syarikat Pertama
  4. Perlembagaan Syarikat (Memorandum dan Artikel Persatuan) [Syarikat berhad dengan jaminan wajib mempunyai Perlembagaan]
  5. Resolusi Lembaga Pengarah Syarikat (diperakui sewajarnya oleh Pengerusi dan Setiausaha Syarikat) memperincikan yang berikut:-
    1. Pelantikan Bank dan Cawangan untuk membuka akaun;
    2. Nama dan contoh tandatangan Pegawai/Pengarah/Penandatangan;
    3. Cara penandatanganan (mod pengendalian) dan bil dan nota janji hutang sebagai sokongan;
    4. Kebenaran untuk overdraf akaun;
    5. Contoh Cap Getah Syarikat;
    6. Aku Janji oleh Syarikat untuk memaklumkan kepada Bank melalui Resolusi yang diperakui mengenai semua perubahan pada masa hadapan yang menjejaskan mandat; dan
    7. Kebenaran untuk memindahkan dana daripada akaun kepada mana-mana akaun lain bagi pihak Syarikat.
  6. Dokumen Pengenalan (misalnya MyKad, Pasport, dll.) milik semua pengarah/penandatangan.
  1. Borang 9 – Sijil Perbadanan
  2. Borang 24 – Penyata Peruntukan Saham
  3. Borang 49 – Penyata Butiran Daftar Pengarah, Pengurus dan Setiausaha dan Perubahan dalam Butiran.
  4. Resolusi Lembaga Pengarah Syarikat (diperakui sewajarnya oleh Pengerusi dan Setiausaha Syarikat) memperincikan yang berikut:-
    1. Pelantikan Bank dan Cawangan untuk membuka akaun;
    2. Nama dan contoh tandatangan Pegawai/Pengarah/Penandatangan;
    3. Cara penandatanganan (mod pengendalian) dan bil dan nota janji hutang sebagai sokongan;
    4. Kebenaran untuk overdraf akaun;
    5. Contoh Cap Getah Syarikat;
    6. Aku Janji oleh Syarikat untuk memaklumkan kepada Bank melalui Resolusi yang diperakui mengenai semua perubahan pada masa hadapan yang menjejaskan mandat; dan
    7. Kebenaran untuk memindahkan dana daripada akaun kepada mana-mana akaun lain bagi pihak Syarikat.
  5. Dokumen Pengenalan (misalnya MyKad, Pasport, dll.) milik semua pengarah/penandatangan.
  1. Notis Pendaftaran PLT yang dikeluarkan oleh Pendaftar PLT.
  2. Daftar nama, butiran dan alamat setiap Rakan Kongsi dan Pegawai Pematuhan.
  3. Perjanjian PLT (sekiranya tiada, cetak sesalinan Jadual Kedua Akta PLT [halaman 57-88]).
  4. Resolusi yang diluluskan menurut terma yang dinyatakan dalam Perjanjian PLT ATAU oleh majoriti rakan kongsi PLT yang memutuskan perkara yang berikut:-
    1. Pelantikan Bank dan Cawangan untuk membuka akaun.
    2. Nama dan contoh tandatangan Penandatangan Dibenarkan.
    3. Kaedah penandatanganan (mod pengendalian).
  5. Dokumen Pengenalan (misalnya MyKad, Pasport, dll.) milik semua rakan kongsi/penandatangan.

Nota:-

  • *Hanya dibenarkan untuk membuka Akaun Simpanan Basic.
  • #Semua dokumen mesti merupakan salinan yang diperakui