loader

Pengumuman

Memperkenalkan Fungsi Kill Switch melalui PB enterprise

27 SEPTEMBER 2024

Pelanggan yang Dihargai,

 

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan langkah keselamatan, bermula pada 30 September 2024, kami akan memperkenalkan Fungsi Kill Switch yang membolehkan anda menggantung kesemua urus niaga kewangan yang berkaitan dengan akaun bank dan kad komersial anda dengan serta-merta sekiranya anda mengesyaki berlakunya penipuan atau scam.

 

Fungsi yang berikut akan dinyahdayakan apabila Kill Switch diaktifkan:

  • Pengeluaran tunai di kaunter atau ATM
  • Akses perbankan dalam talian PB enterprise
  • Kesemua urus niaga pindahan keluar, termasuk bayaran bil dan pindahan kepada akaun lain
  • Cek yang belum dijelaskan
  • e-Arahan Tetap untuk bayaran berulang tidak akan berjaya dan akan dikembalikan sebagai gagal
  • Urus niaga kad, termasuk pembelian dan bayaran dalam talian
  • Kesemua urus niaga yang menunggu kelulusan akan menjadi ralat semasa diluluskan oleh pemberi kebenaran lain

 

Bagaimanakah untuk Membatalkan Status Kill Switch?

Bank hanya akan membatalkan status Kill Switch selepas menerima arahan yang ditentusahkan dengan sewajarnya daripada anda.

Pasukan Pengurusan Kes akan menghubungi anda untuk penentusahan selepas Kill Switch diaktifkan.

Anda juga boleh menghubungi pasukan Pengurusan Kes kami melalui +603-2177 3555 untuk bantuan.

 

Terima kasih.