loader

Dasar Privasi E-Perbankan

Dasar Privasi E-Perbankan

Penyata Dasar Privasi ini mengawal Perkhidmatan PB enterprise di Internet yang ditawarkan oleh Public Bank Berhad (“Bank”) dan merupakan lanjutan kepada Dasar Privasi Bank yang boleh didapati melalui www.pbenterprise.com dan boleh juga didapati daripada mana-mana cawangan Bank.

Maklumat peribadi Pelanggan dikumpul untuk Pelanggan memanfaatkan Perkhidmatan PB enterprise dan untuk membolehkan Pelanggan menikmati akses kepada perkhidmatan dalam talian lain yang ditawarkan oleh Bank.

Penyata Dasar Privasi ini dikeluarkan untuk memperkukuhkan komitmen Bank terhadap dasar untuk melindungi kerahsiaan, integriti dan keselamatan maklumat yang diberikan oleh Pelanggan kepada Bank pada setiap masa.

  1. KESELAMATAN MAKLUMAT

    1. PROSEDUR KESELAMATAN TERSEDIA UNTUK MELINDUNGI MAKLUMAT PELANGGAN

      Bank komited dengan usaha terbaiknya untuk mengekalkan piawaian dan prosedur keselamatan komputer yang tinggi untuk memastikan semua urus niaga yang dilakukan oleh Pelanggan adalah selamat dan sulit pada setiap masa. Untuk itu, Bank telah menyediakan sistem kawalan yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan maklumat Pelanggan pada setiap masa. Piawaian dan prosedur keselamatan ini hendaklah dikekalkan walaupun hubungan antara jurubank dengan pelanggan mungkin telah ditamatkan atau telah berakhir. Meskipun begitu, Bank dengan jelas menasihatkan Pelanggan bahawa Bank tidak mempunyai kawalan atas komputer, sistem perisian komputer dan kegunaan sampingan lain oleh Pelanggan untuk mengakses Perkhidmatan PB enterprise melalui laman web ini dan seterusnya penghantaran melalui Internet tidak dapat dijamin atau diwakilkan sebagai selamat sepenuhnya.

    2. INTEGRITI DATA

      Untuk memastikan integriti data, semua maklumat Pelanggan yang dihantar melalui Perkhidmatan PB enterprise disimpan menggunakan Keselamatan Lapisan Pengangkutan (TLS) yang mana Pelanggan dijamin bahawa maklumat tersebut akan dikendalikan dengan piawaian kerahsiaan, integriti dan keselamatan pada tahap yang tinggi.

    3. AKSES KAKITANGAN TERHAD

      Bank mengekalkan prosedur yang ketat dan hanya membenarkan kakitangan yang berkenaan atau yang dikehendaki untuk mengakses maklumat Pelanggan yang perlu diketahui sahaja. Kakitangan Bank telah dididik tentang hak Pelanggan terhadap privasi dan kerahsiaan. Apa-apa pelanggaran dasar Bank oleh kakitangan akan menyebabkan kakitangan tersebut dikenakan tindakan disiplin yang Bank anggap wajar.

  2. PENDEDAHAN MAKLUMAT

    Selaras dengan pematuhan yang ketat terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (“APK”), dan selain daripada perkongsian maklumat seperti yang diizinkan oleh anda, Bank tidak akan mendedahkan maklumat Pelanggan kepada mana-mana pihak ketiga atau organisasi luar.

    Sekiranya maklumat diberikan kepada pihak-pihak tersebut, Bank hendaklah mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa entiti berkenaan mengamalkan piawaian privasi sekurang-kurangnya pada tahap yang sama seperti yang diamalkan di dalam Bank.

    Satu-satunya keadaan lain yang mana Bank akan mendedahkan maklumat Pelanggan adalah:

    1. apabila dikehendaki oleh undang-undang, Perintah Mahkamah atau sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang;
    2. apabila pendedahan tersebut dikehendaki di bawah Perintah Mahkamah, perundangan atau peraturan untuk didedahkan kepada mana-mana agensi kerajaan, agensi atau perbadanan yang ditubuhkan atau diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;
    3. apabila dimohon atau dibenarkan oleh Pelanggan secara bertulis.
  3. PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT PELANGGAN

    Maklumat peribadi tertentu pelanggan seperti yang dikhususkan oleh Bank dari semasa ke semasa perlu diserahkan oleh Pelanggan kepada Bank bagi membolehkan Bank memproses permohonan Pelanggan untuk memberikan arahan dan menjalankan urus niaga berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank. Secara amnya, jenis maklumat yang diperlukan termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat seperti nama Pelanggan, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, umur, jantina, gambar dan imej, butiran dokumen pengenalan seperti kad pengenalan atau pasport dan apabila diterima pakai, maklumat kewangan seperti maklumat pendapatan, sumber pendapatan, aset, liabiliti, maklumat akaun, baki akaun, rekod pembayaran dan sekiranya Pelanggan merupakan Pelanggan korporat, nama dan butiran pegawai yang diberi kuasa, pengarah, pemegang saham, negara penubuhan dan maklumat kewangan syarikat seperti yang diperlukan oleh Bank dari semasa ke semasa.

    Walaupun tujuan utama mendapatkan maklumat tersebut adalah mengehadkan penggunaannya kepada urusan biasa antara Bank dengan Pelanggannya, maklumat tersebut mungkin juga diterima pakai untuk tujuan sampingan dan berkaitan dengan tujuan utama yang dinyatakan termasuk penyediaan Perkhidmatan PB enterprise, mentadbir urus akaun Pelanggan dengan Bank serta menilai keperluan Pelanggan yang mungkin timbul dari semasa ke semasa, bagi membolehkan Bank menyempurnakan arahan pelanggan dan memudahkan penyediaan maklumat berkaitan dengan produk dan perkhidmatan Bank yang disediakan dari semasa ke semasa.

  4. KETEPATAN MAKLUMAT

    Bank akan memastikan bahawa data dan maklumat Pelanggan adalah tepat dan terkini. Namun, untuk memastikan Bank mengekalkan maklumat peribadi Pelanggan yang tepat, Pelanggan dinasihatkan untuk memberikan maklumat yang terkini, tepat dan lengkap berkaitan dengan Pelanggan dan arahan beliau kepada Bank. Rekod Pelanggan akan dikemas kini apabila maklumat berkenaan diberikan dari semasa ke semasa.

  5. SOALAN ATAU ADUAN PELANGGAN

    Apa-apa soalan atau aduan berkaitan dengan pengendalian maklumat peribadi oleh Bank boleh diajukan kepada cawangan pemegang akaun Pelanggan atau alamat yang berikut:

    Perbankan Enterprise,
    Pengurusan Kewangan dan Perbankan Urus Niaga,
    Tingkat 25, Menara Public Bank
    146, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur