loader

Mengembangkan Perniagaan

Skim Jaminan Kerajaan yang Diuruskan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP)

Skim untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan jaminan yang disediakan oleh SJPP.

Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) 2

Skim untuk membantu PKS dalam semua sektor bagi mendapatkan pembiayaan modal kerja dan perbelanjaan modal.

WCGS2 memberi anda:

  • Amaun pinjaman sehingga RM10 juta.
  • Tempoh pinjaman sehingga 12 tahun atau sehingga 31 Disember 2035, mana-mana yang lebih awal.
  • Kadar faedah yang menarik.

Lembaran Pendedahan Produk (EN/BM)

Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) - Perusahaan Permulaan

Skim untuk membantu PKS permulaan dalam semua sektor bagi mendapatkan pembiayaan modal kerja dan perbelanjaan modal.

WCGS - Perusahaan Permulaan memberi anda:

  • Amaun pinjaman sehingga RM500,000.
  • Tempoh pinjaman sehingga 12 tahun atau sehingga 31 Disember 2035, mana-mana yang lebih awal.
  • Kadar faedah yang menarik.

Lembaran Pendedahan Produk (EN/BM)

Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) - Bumiputera 2

Skim untuk membantu PKS Bumiputera dalam semua sektor bagi mendapatkan pembiayaan modal kerja dan perbelanjaan modal.

WCGS - Bumiputera 2 memberi anda:

  • Amaun pinjaman sehingga RM3 juta.
  • Tempoh pinjaman sehingga 12 tahun atau sehingga 31 Disember 2035, mana-mana yang lebih awal.
  • Kadar faedah yang menarik.

Lembaran Pendedahan Produk (EN/BM)

Skim Jaminan Automasi dan Digital (ADGS)

Skim untuk membantu PKS dalam semua sektor bagi mendapatkan pembiayaan untuk melabur dalam automasi, pendigitalan dan pemodenan yang membentuk sebahagian daripada Industri 4.0.

ADGS memberi anda:

  • Amaun pinjaman sehingga RM10 juta.
  • Tempoh pinjaman sehingga 12 tahun atau sehingga 31 Disember 2035, mana-mana yang lebih awal.
  • Kadar faedah yang menarik.

Lembaran Pendedahan Produk (EN/BM)

Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) - Wanita

Skim untuk membantu PKS yang dimiliki dan diuruskan oleh wanita dalam semua sektor bagi mendapatkan pembiayaan dengan kos yang lebih rendah, menggalak pertumbuhan usahawan wanita dan PKS wanita yang berprestasi tinggi serta mempertingkatkan perniagaan mikro wanita ke tahap PKS.

WCGS - Wanita memberi anda:

  • Amaun pinjaman sehingga RM1 juta.
  • Tempoh pinjaman sehingga 12 tahun atau sehingga 31 Disember 2035, mana-mana yang lebih awal.
  • Kadar faedah yang menarik.

Lembaran Pendedahan Produk (EN/BM)

Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) - Eksport

Skim untuk membantu PKS dalam semua sektor yang berorientasikan eksport bagi mendapatkan pembiayaan untuk memperluas pasaran mereka ke luar negeri.

WCGS - Eksport memberi anda:

  • Amaun pinjaman sehingga RM10 juta.
  • Tempoh pinjaman sehingga 12 tahun atau sehingga 31 Disember 2035, mana-mana yang lebih awal.
  • Kadar faedah yang menarik.

Lembaran Pendedahan Produk (EN/BM)

Skim Jaminan Kerajaan MADANI (GGSM) 4

Skim yang ditubuhkan untuk membantu Syarikat Pertengahan (Mid-Tier Companies atau MTC) dan PKS dengan memberikan jaminan kerajaan untuk pembiayaan yang diberikan oleh Institusi Kewangan Peserta kepada semua sektor ekonomi, khususnya menumpukan kepada sektor bumiputera, halal, pelancongan, berorientasikan eksport, pertumbuhan dan nilai tinggi, berteknologi tinggi, pembuatan dan perniagaan berasaskan agro.

GGSM4 memberi anda:

  • Amaun pinjaman sehingga RM30 juta untuk MTC dan RM20 juta untuk PKS dalam semua sektor.
  • Tempoh pinjaman sehingga 7 tahun.
  • Kadar faedah yang menarik.

Lembaran Pendedahan Produk (EN/BM)

PB WISE EcoBiz

Pakej ini menawarkan pembiayaan modal kerja tanpa cagaran kepada PKS dalam sektor pembuatan yang mana ciri teras perniagaan / tawaran perniagaan teras menghasilkan impak positif terhadap alam sekitar.

PB WISE EcoBiz memberi anda:

  • Amaun pinjaman sehingga RM20.0 juta untuk semua sektor.
  • Tempoh pinjaman sehingga 7 tahun atau 31 Disember 2032, mana-mana yang lebih awal.
  • Kadar faedah yang menarik.

Tertakluk pada kriteria kelayakan dan terma & syarat.