|
Diskaun Ihsan: untuk Penyelesaian Awal bagi Perjanjian Sewa Beli Berkadar Tetap Sedia Ada yang Menggunkan Peraturan 78: |
Berikutan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (HPAA) yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2026, kaedah Peraturan 78 telah dimansuhkan dan kaedah pengiraan caj bertempoh menggunakan kaedah pengiraan pengurangan baki akan diguna pakai bagi perjanjian Sewa Beli berkadar tetap yang ditandatangani selepas tarikh kuat kuasa HPAA.
Bagi meringankan kesan kaedah Peraturan 78 ke atas pelanggan yang memilih untuk membuat penyelesaian awal di bawah perjanjian Sewa Beli berkadar tetap sedia ada, Public Bank akan menawarkan diskaun ihsan untuk pelanggan yang layak yang menggunakan kaedah Peraturan 78 untuk membantu pelanggan.
Soalan Lazim
| Bil | Soalan | Jawapan |
| 1 | Apakah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (HPAA)? | Ia merupakan semakan undang-undang kepada Akta Sewa Beli 1967 di Malaysia yang memperkenalkan pembaharuan besar kepada pengiraan faedah, ketelusan, dokumentasi digital dan perlindungan pelanggan dalam pembiayaan Sewa Beli. |
| 2 | Bilakah tarikh kuat kuasa HPAA? | HPAA diwartakan pada 30 Januari 2026 dan akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2026. |
| 3 | Adakah pindaan ini akan diterima pakai secara retrospekstif kepada kontrak sedia ada, atau hanya kepada perjanjian baharu yang ditandatangani selepas tarikh kuat kuasa? | HPAA akan diterima pakai secara prospektif kepada perjanjian baharu yang dilaksanakan pada atau selepas tarikh kuat kuasa HPAA. Perjanjian sedia ada akan terus berkuat kuasa di bawah terma sedia ada sehingga matang. |
| 4 | Apakah diskaun ihsan? |
Bank akan menawarkan diskaun ihsan untuk pelanggan yang layak yang memilih untuk menyelesaikan lebih awal pembiayaan Sewa Beli berkadar tetap sedia ada mereka, yang menggunakan kaedah Peraturan 78. Diskaun ihsan akan dikira berdasarkan ciri-ciri perjanjian Sewa Beli sedia ada (seperti tempoh pembiayaan, masa penyelesaian awal dan struktur kadar) dan diterima pakai kepada baki bersih yang perlu dibayar. Tujuannya adalah untuk menawarkan kaedah penyelesaian awal yang secara umumnya setanding dengan kaedah di bawah Akta pindaan tersebut. Diskaun dan butiran lanjut akan diberikan kepada pelanggan apabila mereka membuat permohonan untuk penyelesaian awal. |
| 5 | Siapa yang layak untuk diskaun ihsan? |
Apabila membuat penyelesaian awal, akaun pelanggan mestilah tidak:
|
| 6 | Apakah tempoh diskaun ihsan? | Bank akan terus menawarkan diskaun ihsan kepada semua pelanggan Sewa Beli yang layak sehingga semua perjanjian Sewa Beli yang menggunakan Peraturan 78 masing-masing telah mencapai tarikh matang atau diselesaikan awal. |
| 7 | Adakah saya layak untuk diskaun ihsan jika saya menyelesaikan pinjaman/ pembiayaan Sewa Beli saya hari ini? |
Ya, sekiranya anda layak (rujuk No. 5 di atas) dan pinjaman/ pembiayaan anda adalah di bawah Peraturan 78. Sila hubungi Cawangan Pemegang Akaun anda, talian bantuan atau kunjungi Pusat Sewa Beli/ Hab Sewa Beli/ Cawangan/ Pusat Pentadbiran Kredit Public Bank berhampiran untuk maklumat lanjut mengenai amaun diskaun ihsan dan amaun penyelesaian akhir. |
| 8 | Bagaimana jika saya memilih untuk meneruskan pembayaran sedia ada seperti dalam perjanjian Sewa Beli saya? | Pelanggan yang ingin meneruskan pembayaran mereka mengikut jadual yang dipersetujui sehingga akhir tempoh TIDAK AKAN terjejas dengan perubahan ini. Oleh itu, pelanggan boleh membayar ansuran yang sama menurut perjanjian asal dan tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. |
Talian Bantuan
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian bantuan seperti berikut :
|
Mengikut wilayah tempat di mana pembiayaan Sewa Beli/ Sewa Beli-i AITAB diperoleh |
Talian Bantuan |
|
Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya |
03-2264 6288
03-2264 6488
03-3167 6688
|
|
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu |
04-314 6688
04-269 7800
|
|
Perak, Pahang |
05-245 8568 |
|
Johor, Melaka |
07-208 3600 |
|
Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Labuan |
03-2176 7701 |
Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan | Piagam Perkhidmatan Pelanggan | Piagam Layanan Adil Kepada Pelanggan | Piagam e-Perbankan | Bank Negara Malaysia
Hak Cipta © 2026 Public Bank Berhad 196501000672 (6463-H). Hak Cipta Terpelihara