loader

Pembiayaan Kenderaan

Kod Etika Bagi Pemegang Permit Atas Pemilikan Semula

1. Pemegang permit harus memiliki kad Permit EPS yang sah dan memastikan permit masih dalam tempoh sahlaku semasa menjalankan aktiviti pemilikan semula kenderaan atau barangan.

2. Pemegang permit harus mendapat keizinan daripada penyewa sebelum memasuki premis persendirian.

3. Pemegang permit haruslah berketerampilan kemas dan mengamalkan sikap profesionalisme semasa menjalankan aktiviti pemilikan semula kenderaan atau barangan.

4. Pemegang permit adalah dilarang menggunakan segala bentuk kekerasan sewaktu proses pemilikan semula dijalankan.

5. Pemegang permit tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pihak berkaitan urusan pemilikan semula kenderaan atau barangan.

6. Pemegang permit yang diarahkan oleh pemunya sepertimana yang dinyatakan di dalam Perintah Pemilikan Semula sahaja yang dibenarkan menjalankan aktiviti pemilikan semula bagi kenderaan atau barangan tersebut.

7. Pemegang permit tidak boleh menyalah gunakan kad permit untuk kepentingan atau faedah diri sendiri selain bagi tujuan untuk aktiviti pemilikan semula kenderaan atau barangan.

8. Sewaktu proses pemilikan semula dijalankan, pemegang permit harus:

  1. Mempamerkan Permit EPS, Kad Pengenalan dan Perintah Pemilikan Semula yang dikeluarkan oleh pemunya.
  2. Memberi masa yang munasabah kepada penyewa untuk memeriksa dan mengeluarkan barangan peribadi kepunyaan penyewa.
  3. Mengambil gambar dalam dan luar kenderaan atau barangan untuk diserahkan kepada pemunya.
  4. Mengeluarkan senarai inventori tentang keadaan barang semasa proses pemilikan semula dijalankan.

9. Pemegang permit tidak dibenarkan untuk memasuki premis persendirian kecuali dengan perintah mahkamah.

10. Pemegang permit haruslah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas proses pemilikan semula selesai dijalankan. Pengecualian hanya diberi bagi situasi tertentu, dimana tempoh masa pelanjutan tidak melebihi 48 jam.

11. Pemegang permit adalah terikat dengan segala undang-undang, peraturan, terma dan syarat, kod etika dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pengawal bagi menjalankan aktiviti pemilikan semula.

12. Pemegang permit hendaklah sentiasa peka dengan sebarang Kod Etika dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Pengawal dari semasa ke semasa.