Pelanggan yang Dihargai,
Bagi menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi digital dan pematuhan terhadap keperluan pengawalseliaan, sukacita diumumkan bahawa Public Bank Berhad (“PBB”) dan Public Islamic Bank Berhad (“PIBB”) kini dalam proses persediaan untuk melaksanakan e-Invois sepenuhnya, selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDN”).
Butiran Penting :
Bagi memudahkan pengeluaran e-Invois, kami akan mula mengumpul butiran pelanggan yang berkaitan termasuk Nombor Pengenalan Cukai (“TIN”), Nombor Pendaftaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan maklumat lain yang diperlukan untuk bulan-bulan yang akan datang.
Selain penyata bank sedia ada, pelanggan yang mengemukakan maklumat yang diperlukan kepada PBB dan PIBB akan mempunyai pilihan untuk menerima e-Invois bagi caj yang dikenakan bermula pada 1 Julai 2025. Sekiranya anda mahu menerima e-Invois, sila kemukakan kepada kami butiran yang diperlukan melalui PBe / PB enterprise di www.pbebank.com / www.pbenterprise.com atau di mana-mana cawangan PBB / PIBB. E-Invois tersebut akan disediakan untuk anda dalam pusingan penyata bulan berikutnya selepas anda mengemukakan maklumat yang diperlukan.
Untuk apa-apa pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami melalui 03-2170 8000 atau klik sini untuk bahagian Soalan Lazim.
Terima kasih atas sokongan berterusan daripada anda.
Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan | Piagam Perkhidmatan Pelanggan | Piagam Layanan Adil Kepada Pelanggan | Piagam e-Perbankan | Bank Negara Malaysia
Hak Cipta © 2026 Public Bank Berhad 196501000672 (6463-H). Hak Cipta Terpelihara