loader

Pengumuman

Akan Datang: Pelaksanaan Tempoh Bertenang Urus Niaga melalui PB enterprise

23 JULAI 2024

Pelanggan yang Dihargai,

 

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mempertingkatkan langkah keselamatan dan melindungi urus niaga kewangan pelanggan kami, kami akan memperkenalkan tempoh bertenang urus niaga yang dianggap luar daripada kebiasaan.

 

Apakah Tempoh Bertenang Urus niaga?

Tempoh bertenang urus niaga ialah langkah berjaga-jaga yang membolehkan kami menyemak dan mengakses urus niaga tertentu yang menunjukkan ciri-ciri luar daripada kebiasaan. Langkah tambahan ini direka untuk mengurangkan risiko urus niaga yang tidak dibenarkan dan potensi berlakunya aktiviti penipuan, bagi memastikan keselamatan dana anda.

 

Bagaimanakah ia berfungsi?

Apa-apa pindahan melalui PB enterprise yang dikenal pasti sebagai luar daripada kebiasaan semasa proses pemantauan rutin kami akan tertakluk pada tempoh bertenang mandatori. Jika perlu, anda akan dihubungi untuk membuat penentusahan urus niaga bagi memastikan kesahan pindahan tersebut dan melindungi kepentingan kewangan anda.

 

Bagaimanakah untuk mengetahui pemanggil yang membuat penentusahan itu ialah kakitangan yang sah?

Panggilan penentusahan akan dibuat melalui nombor telefon rasmi kami iaitu +603-21766000. Kami tidak akan meminta maklumat sensitif seperti ID Syarikat / ID Pengguna, Kata Laluan, PAC SMS, SecurePAC atau SecurePIN anda, dan tidak akan meminta anda membuat apa-apa tindakan menggunakan PB enterprise atau PB SecureSign anda. Jika ragu-ragu, putuskan panggilan dan terus hubungi kakitangan khas kami. Anda juga boleh mengunjungi cawangan pemegang akaun anda untuk bantuan.

 

Bagaimanakah ini melibatkan anda?

Dalam kebanyakan kes, tempoh bertenang urus niaga hanya memberi kesan minimum kepada urus niaga kebiasaan anda. Namun, sekiranya anda memulakan pindahan yang dikenal pasti sebagai luar daripada kebiasaan, ambil maklum bahawa mungkin terdapat penangguhan sementara sebelum dana itu dikreditkan dalam akaun penerima. Kami menghargai kesabaran dan timbang rasa anda semasa proses ini, kerana tujuan utama kami adalah untuk melindungi keselamatan kewangan anda.

 

Untuk penjelasan atau bantuan selanjutnya, klik di sini untuk melihat Soalan Lazim. 

Anda juga boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami atau cawangan pemegang akaun anda.

 

Terima kasih.