loader

Apakah Tempoh Bertenang Urus niaga?

Apa-apa urus niaga yang dianggap luar daripada kebiasaan oleh Bank akan menjalani tempoh bertenang yang mana urus niaga itu akan ditangguh di bawah status “Diluluskan – Tempoh Bertenang Belum Selesai” sebelum ia dikeluarkan kepada penerima.

 

Ciri keselamatan ini bertujuan untuk melindungi anda daripada urus niaga yang tidak dibenarkan dibuat oleh penipu menggunakan akaun anda.

Bagaimanakah Tempoh Bertenang Urus niaga Melindungi Anda?

Dengan jarak masa yang ada melalui tempoh bertenang, kini anda berpeluang untuk menolak/membatalkan urus niaga sekiranya anda mendapati bahawa urus niaga itu tidak dibenarkan oleh anda.

 

Sekiranya urus niaga itu tidak dibenarkan oleh anda, anda boleh menolak urus niaga tersebut hanya dengan log masuk dalam akaun PB enterprise anda, klik tab “Kelulusan Urus niaga” dan pilih “Status Kelulusan Urus niaga”. Kemudian ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pilih urus niaga di bawah status “Diluluskan – Tempoh Bertenang Belum Selesai” dan klik butang “Tolak”.
  2. Masukkan sebab anda menolak urus niaga tersebut.
  3. Klik “OK”.
  4. Urus niaga “Tempoh Bertenang Belum Selesai” akan berjaya ditolak.

 

Ambil maklum bahawa anda hanya boleh menolak/membatalkan urus niaga di bawah status “Tempoh Bertenang Belum Selesai”. Anda tidak boleh menolak urus niaga di bawah status “Sedang Diproses”.

 

Anda juga boleh menghubungi Sokongan Pelanggan PBe melalui 03-21708000 untuk bantuan.

Soalan Lazim

Bank akan memaklumkan kepada anda mengenai status urus niaga anda melalui paparan notifikasi. Anda juga boleh menyemak urus niaga anda dengan log masuk dalam PB enterprise, klik “Kelulusan Urus niaga” dan pilih “Status Kelulusan Urus niaga”. Apa-apa urus niaga yang melalui tempoh bertenang urus niaga akan disenaraikan di sini dengan status “Diluluskan – Tempoh Bertenang Belum Selesai”.

Urus niaga anda yang belum selesai akan dikeluarkan dalam masa beberapa jam. Kami menghargai kesabaran dan timbang rasa anda semasa proses ini, kerana tujuan utama kami adalah untuk melindungi keselamatan kewangan anda. Untuk bantuan, sila e-mel kepada pegawai Pengurusan Kes kami melalui corporate.secure@publicbank.com.my

Pindahan yang luar daripada kebiasaan ialah urus niaga yang dianggap meragukan atau berlainan daripada aktiviti urus niaga biasa anda. Urus niaga ini akan menjalani tempoh bertenang bagi menjamin keselamatan kewangan anda.

Berikut ialah maksud status urus niaga tersebut:

  1. Diluluskan – Tempoh Bertenang belum Selesai:
    Urus niaga sedang menjalani tempoh bertenang.
  2. Diluluskan – Sedang Diproses:
    Tempoh bertenang telah berakhir. Urus niaga anda akan diproses sebentar lagi.
  3. Ditolak / Gagal: Urus niaga itu ditolak atau gagal.

Ya, tiada had bagi bilangan pindahan yang anda boleh buat. Anda disyorkan agar menyemak baki akaun dan urus niaga lampau anda terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa urus niaga sekali lagi.